Posts

Showing posts from March, 2021

BBM3410-2021-MINGGU1B

Image
Watak, Latar, dan Emosi dalam Cerita Sosial 1 Watak Alim: Seorang kanak-kanak istimewa yang sukakan suasana kampung, lebih-lebih lagi ayam dan itik milik Datuk dan Nenek.   Nenek dan Datuk: Ibu bapa kepada Ibu yang tinggal di Kajang, memelihara itik dan ayam di belakang rumah mereka.   Abang Imran: Abang kepada Alim   Kak Madinah: Kakak kepada Alim   Aisyah: Adik kepada Alim   Ibu dan Ayah: Ibu bapa kepada Alim Latar Tempat Latar kampung -Suasana kampung, mempunyai reban untuk ayam dan itik Latar Masa   Latar Masyarakat Latar kekeluargaan -Menunjukkan Alim dan keluarganya saling menyayangi dan mengambil. Emosi Positif Gembira -Alim gembira melihat ayam dan itik masih ada meskipun dipindahkan ke reban baharu   Kasih sayang -Keluarga Alim amat mengambil berat tentang perasaan Alim ketika Alim terkejut melihat ruma

BBM3410-2021-MINGGU1A

Image
About me! 你们好!Nama aku Siti Fairuz binti Samsudin - 203302. Biasanya dah masuk 20 series ni orang panggil Rose je, tapi kalau nak panggil bila susah pun okay juga. 😂 okay maaf, gurau gurau. Aku berasal dari Batu Gajah, Perak. Sekarang aku tengah sambung study di UPM, Serdang, jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu dan kini berada di semester 4. Aku join kelas Bahasa Cina di UPM tapi berbual dalam mandarin memang tak fasih lagi. Setakat 你好,老师,谢谢 (ni hao, laoshi, xiexie) tu mampulah hehe. Setakat ini, jurusan bahasa ini merupakan antara minat utama aku sejak di bangku sekolah sehinggalah dah menuntut ilmu dari pakar-pakar bahasa sendiri. Rupanya bukan senang ye Bahasa Melayu ni. Banyak juga kesalahan dalam kita menggunakan bahasa ibunda kita selama ni.  Serba sedikit tentang kehidupanku, aku satu-satunya puteri buat mama. Mama merupakan seorang guru Bahasa Inggeris manakala Abah pula merupakan pesara polis. Aku dibesarkan dalam suasana yang tegas sudah semestinya namun Mama dan Abah masih