BBM3410-2021-MINGGU1A
About me!
你们好!Nama aku Siti Fairuz binti Samsudin - 203302. Biasanya dah masuk 20 series ni orang panggil Rose je, tapi kalau nak panggil bila susah pun okay juga. 😂 okay maaf, gurau gurau. Aku berasal dari Batu Gajah, Perak. Sekarang aku tengah sambung study di UPM, Serdang, jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu dan kini berada di semester 4. Aku join kelas Bahasa Cina di UPM tapi berbual dalam mandarin memang tak fasih lagi. Setakat 你好,老师,谢谢 (ni hao, laoshi, xiexie) tu mampulah hehe. Setakat ini, jurusan bahasa ini merupakan antara minat utama aku sejak di bangku sekolah sehinggalah dah menuntut ilmu dari pakar-pakar bahasa sendiri. Rupanya bukan senang ye Bahasa Melayu ni. Banyak juga kesalahan dalam kita menggunakan bahasa ibunda kita selama ni.
Serba sedikit tentang kehidupanku, aku satu-satunya puteri buat mama. Mama merupakan seorang guru Bahasa Inggeris manakala Abah pula merupakan pesara polis. Aku dibesarkan dalam suasana yang tegas sudah semestinya namun Mama dan Abah masih pening kepala dengan perangai aku yang tak langsung mengikut acuan mereka.
Aku tidak mempunyai hobi seperti rakan-rakan yang lain, namun aku mempunyai rasa cinta terhadap sesuatu. Aku cintakan laut, hutan, bintang dan bulan. Aku sukakan ketenangan walaupun Bobby rasa aku bukanlah orang yang tenang hehe. Siapa Bobby tu? hmm tunggu sajalah masa yang sesuai akan aku beritahu kalian.
Aku orang yang simple dari sudut luaran, namun sangat complicated dari sudut dalaman. Dalam kepala aku sentiasa fikir apa yang akan aku accomplish dalam tempoh 10 tahun ini. Adakah aku akan ikut jejak langkah Mama? Atau adakah aku akan mengorak langkah sendiri? Menceburi bidang baharu dan bukan bidang pendidikan seperti keluargaku?
Apa-apa pun, tolong doakan aku dan kawan-kawan aku berjaya habiskan degree ni dengan cemerlang!
Alright see you in next post okay?
Tahniah perosss yg cantikk
ReplyDeleteSmoga d sukses selalu sis ku yg cantik❤️❤️
awhhh tenchiuuuu yayangg💖
Delete