BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Asas Grafik dalam Multimedia

Apa itu asas grafik?
-Asas grafik ialah perkara asas yang perlu diketahui dan difahami dalam penggunaan apa sahaja bahan yang mengandungi grafik.
-Asas grafik terbahagi kepada 5 elemen iaitu;
    1. Mudah
    2. Warna
    3. Teks
    4. Kesesuaian
    5. Keseimbangan

5 Elemen Asas Grafik

    Mudah
    -Elemen mudah ialah visual mudah untuk difahami oleh penontonnya, yang dipaparkan di foto atau             video. 



Contoh poster elemen mudah; mudah untuk difahami dari sekali imbas.


       Warna
       -Elemen warna memainkan peranan penting dalam mnghasilkan grafik yang menarik. Penggunaan         warna mestilah tidak lebih dari 3 warna. Walau bagaimanapun, penggunaan lebih dari 3 warna                tertakluk pada objektif yang ingin disampaikan.


Contoh elemen warna pada poster billboard. Penggunaan warna merah dan hitam membangkitkan rasa suspen pada pemerhati manakala warna putih digunakan untuk menyampaikan mesej kepada mereka yang melihatnya.


    Teks
     -Elemen teks dalam asas grafik merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan       grafik. Penggunaan font yang sesuai dengan latar tempat dan latar belakang amat penting bagi              menyampaikan mesej kepada masyarakat.



Contoh elemen teks dalam billboard di atas menunjukkan ia agak sukar dibaca kerana saiz font yang tidak seragam dan mengambil masa untuk fokus pada mesej yang ingin disampaikan. 


    Kesesuaian
    -Elemen kesesuaian bermaksud grafik yang sesuai dengan latar tempat, latar masa, dan latar watak         yang terdapat dalam foto atau video tersebut.


Contoh elemen kesesuaian bagi poster pusat perjudian, iaitu dengan menggunakan gambar wang dan kad judi sebagai simbol kasino.

    Keseimbangan
    -Elemen keseimbangan bermaksud ruang dalam foto atau video. Ruang kosong yag berada dalam foto atau video hendaklah diisi agar keseimbangan grafik tercapai.


Contoh elemen keseimbangan, di mana ruang kiri dan kanan diletakkan media agar grafik tidak terlihat berat sebelah.


Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BBM3410-MINGGU 4-PENDUA

BBM3410-2021-MINGGU 9-STRATEGI KOMUNIKASI