BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK
Asas Grafik dalam Multimedia
Apa itu asas grafik?
-Asas grafik ialah perkara asas yang perlu diketahui dan difahami dalam penggunaan apa sahaja bahan yang mengandungi grafik.
-Asas grafik terbahagi kepada 5 elemen iaitu;
1. Mudah
2. Warna
3. Teks
4. Kesesuaian
5. Keseimbangan
5 Elemen Asas Grafik
Mudah
-Elemen mudah ialah visual mudah untuk difahami oleh penontonnya, yang dipaparkan di foto atau video.
Contoh poster elemen mudah; mudah untuk difahami dari sekali imbas.
Warna
-Elemen warna memainkan peranan penting dalam mnghasilkan grafik yang menarik. Penggunaan warna mestilah tidak lebih dari 3 warna. Walau bagaimanapun, penggunaan lebih dari 3 warna tertakluk pada objektif yang ingin disampaikan.
Contoh elemen warna pada poster billboard. Penggunaan warna merah dan hitam membangkitkan rasa suspen pada pemerhati manakala warna putih digunakan untuk menyampaikan mesej kepada mereka yang melihatnya.
Teks
-Elemen teks dalam asas grafik merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Penggunaan font yang sesuai dengan latar tempat dan latar belakang amat penting bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Contoh elemen teks dalam billboard di atas menunjukkan ia agak sukar dibaca kerana saiz font yang tidak seragam dan mengambil masa untuk fokus pada mesej yang ingin disampaikan.
Kesesuaian
-Elemen kesesuaian bermaksud grafik yang sesuai dengan latar tempat, latar masa, dan latar watak yang terdapat dalam foto atau video tersebut.
Contoh elemen kesesuaian bagi poster pusat perjudian, iaitu dengan menggunakan gambar wang dan kad judi sebagai simbol kasino.
Keseimbangan
-Elemen keseimbangan bermaksud ruang dalam foto atau video. Ruang kosong yag berada dalam foto atau video hendaklah diisi agar keseimbangan grafik tercapai.
Contoh elemen keseimbangan, di mana ruang kiri dan kanan diletakkan media agar grafik tidak terlihat berat sebelah.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang
Mantap 👍
ReplyDelete