BBM3410-2021-BAHAN ASAS GRAFIK

 

Bahan Asas Grafik

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang


Secara asasnya, bahan asas grafik ada enam iaitu;

i) Bunting/banner

ii) Pamphlet

iii) Poster

iv) Gambar

v) Billboard

vi) Video


Bunting/Banner


Bunting atau banner merupakan salah satu bahan asas grafik yang sering digunakan untuk mempromomosikan sesuatu barangan atau produk. Bunting atau banner sering menjadi pilihan para syarikat untuk mempromosikan barang mereka kepada orang ramai. Hal ini kerana, bunting atau banner biasanya berada di tepi jalan atau dihadapan kedai-kedai sebuah syarikat untuk mempromosikan barang mereka. Banner di atas merupakan salah satu contoh banner yang sangat menarik kerana menggabungkan lima elemen grafik yang sesuai untuk mempromosikan kasut tersebut. Banner tersebut menggunakan elemen mudah, teks, warna, kesesuaian dan keseimbangan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Kombinasi kelima-lima elemen ini sangat menarik kerana mesej yang ini disampaikan dengan jelas. Banner ini juga menekankan elemen mudah kerana kehadiran watak kasut ini memudahkan orang ramai memahami mesej yang disampaikan dengan mudah. Oleh itu, penghasilan bahan asas grafik perlu menepati elemen asas grafik agar mesej yang disampaikan dapat difahami.


Pamphlet


Pamphlet juga dikenali sebagai brochure ataupun risalah yang membawa maksud, buku kecil yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik. Seperti imej di atas,  pamphlet tersebut jelas menarik dengan penggunaan warna yang terang, fonts dan saiz teks yang bersesuaian, serta menepati kesesuaian dan keseimbangan dalam elemen asas grafik. Elemen utama yang diketengahkan di dalam pamphlet di atas ialah elemen warna. Pemilihan warna hitam sebagai warna latar dapat menonjolkan warna imej dan teks yang terang pada pamphlet tersebut. Corak seakan-akan coretan warna lukisan yang berwarna-warni dipilih bagi menyampaikan mesej warna-warna kasut yang disediakan oleh syarikat berkenaan. Jenama kasut, tagline, alamat website serta no telefon  yang berwarna putih pada latar hitam menjadi lebih jelas dan memudahkan seseorang itu, untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut. Teks '50%' yang bersaiz besar dan berwarna terang dapat menyampaikan mesej secara langsung kepada seseorang yang melihat pamphlet ini. Kesesuaian dalam pemilihan warna  dititikberatkan agar pamphlet kelihatan cantik serta mesej mengenai kasut dapat disampaikan dengan baik.


Poster


Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Fungsi poster ini adalah untuk memudahkan satu agensi atau syarikat perniagaan membuat promosi jualan dengan mudah. Berdasarkan poster yang dipaparkan, ianya telah memenuhi kelima-lima elemen asas grafik seperti elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Penerapan setiap asas grafik pada poster ini mampu membentuk satu poster yang dapat menepati objektifnya. Namun begitu, elemen yang paling menyerlah pada poster tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana, poster tersebut mudah difahami objektifnya iaitu penggunaan gambar kasut sukan. Majoriti bagi yang membaca poster ini akan mudah memahami poster yang diberikan.


Gambar



 

 Billboard


Billboard atau papan iklan merupakan struktur iklan luar yang besar, biasanya papan iklan terdapat di kawasan lalu lintas yang sibuk seperti di tepi jalan raya dan lebuh raya. Papan iklan ini dipasang untuk menunjukkan iklan atau promosi produk sesuatu syarikat kepada orang ramai atau pemandu yang melalui jalan tersebut. Seterusnya, keadaan fizikal papan iklan yang besar dan tinggi serta mempunyai elemen asas grafik akan memudahkan orang ramai melihat dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan oleh sesuatu syarikat tentang produk keluaran mereka. Papan iklan tersebut menarik kerana menepati elemen-elemen asas grafik, iaitu elemen mudah, elemen warna, elemen teks, elemen kesesuaian dan elemen keseimbangan dalam menghasilkan papan iklan. Kombinasi kelima-lima elemen pada papan iklan tersebut sangat penting untuk menyampaikan mesej dan maklumat yang jelas kepada orang yang melihatnya. Namun pemberat elemen asas grafik dalam papan iklah tersebut ialah elemen teks. Hal ini kerana jenis, saiz dan warna font yang dipilih sangat sesuai dan ia memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa memandu.

 

Video


 

 

Tujuan video ini adalah untuk mempromosikan item kasut terbaharu jenama NeoZone. Terdapat tiga jenis warna yang dikeluarkan oleh NeoZone iaitu warna “Blueish”, “Orangee” dan “Rainbow”. Berdasarkan video tersebut, terdapat 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Namun begitu, elemen yang diketengahkan oleh video tersebut ialah elemen warna. Warna latar belakang video yang gelap menyerlahkan lagi warna kasut-kasut sukan yang terang. Tambahan pula, sekiranya seseorang melihat video tersebut, maka, mereka akan tertarik dan fokus kepada imej kasut yang dipaparkan. Warna yang terang dan neon akan menarik minat pembeli untuk melihat kasut sukan tersebut.  Maka objektif peniaga untuk menarik minat pembeli terhadap kasut sukan tersebut berhasil.

 

Lampiran



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 5-FLATLAY