BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT
Mug Shot
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Mug shot merupakan gambar yang memfokuskan pada wajah seseorang secara terperinci atas tujuan untuk mengenal pasti wajah individu itu. Kebiasaannya, mug shot dilakukan untuk menangkap gambar passport dan kad pengenalan, gambar penjenayah, dan gambar temu bual. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gambar mug shot ini berbeza mengikut situasi. Berikut dilampirkan beberapa gambar sebagai contoh untuk menerangkan lagi tentang konsep mug shot ini.
Marah
Emosi: Marah
Huraian: Gambar mug shot ini mengetengahkan emosi marah. Hal ini dapat dilihat dari raut wajah model yang bengis dan meluat. Kerutan dahi dan muncung bibir memancarkan lagi rasa ketidakpuasan hati.
Geram
Emosi: Geram
Huraian: Gambar mug shot ini mengetengahkan emosi geram. Terdapat beberapa geram yang ditunjukkan dalam gambar-gambar ini. Antaranya ialah geram suka, geram bengang, geram marah, dan rasa geram kerana kehendaknya tidak dapat dipenuhi.
Sedih
Emosi: Sedih
Huraian: Mug shot ini mengetengahkan emosi sedih, disusun mengikut peringkat kesedihan yang dilalui kebanyakan manusia. Sedih, tidak semestinya menangis. Adakalanya kita tutup kesedihan dengan senyuman. Namun disebalik seyuman itu tiada siapa tahu betapa pedihnya hati seseorang itu. Kesimpulannya, aura kesedihan seseorang itu dapat ditangkap dalam sekeping foto.
Takut
Huraian: Emosi yang diketengahkan dalam mug shot kali ini ialah emosi takut. Emosi takut dapat dikesan berdasarkan riak wajah, tubuh yang mengecut, kerutan dahi dan sebagainya.
Terkejut
Huraian: Emosi yang diketengahkan dalam mug shot ini ialah emosi terkejut. Perasaan terkejut dapat dikesan melalui bahasa tubuh, raut wajah, dan saiz mata.
Gembira
Huraian: Gambar mug shot ini mengetengahkan emosi gembira. Rasa gembira akan membangkitkan perasaan teruja dan menyerlahkan lagi sisi 'humor' seseorang itu. Aura gembira dari riak wajah seseorang akan membangkitkan seri dalam gambar. Jelaslah bahawa riak wajah ceria seseorang mampu mengindahkan lagi sesebuah gambar itu.
Ketawa
Huraian: Gambar mug shot ini mengetengahkan emosi ketawa. Emosi ketawa disebabkan rasa lucu sama ada dari perbuatan diri sendiri atau orang lain juga mampu membangkitkan suasana ceria. Berdasarkan gambar, tiga gambar baris atas menunjukkan gelak tawa yang ikhlas dan jujur, manakala tiga gambar di baris bawah menunjukkan gelak tawa yang dibuat-buat. Walau bagaimanapun, kesemua gambar ini menaikkan seri gambar.
Lampiran
Comments
Post a Comment