BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA
Pendekatan Analisis Wacana
Pendekatan analisis wacana oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim ini terhasil dari beberapa buah kajian yang telah dijalankan oleh beliau. Terdapat lima elemen yang terdapat dalam pendekatan analisis wacana ini iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa, dan inferens.
1. Pra-andaian
Pra-andaian ialah suatu perkara yang difikirkan sebelum melaksanakan sesuatu kerja. Elemen ini terbahagi kapada dua iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merupakan kebolehan individu itu untuk memahami suatu perkara tanpa perlu melaluinya di luar kesedaran individu itu. Manakala konteks pula merupakan penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan, dan penegasan.
2. Emosi
Emosi pula ialah tindak balas perasaan hati nurani yang disebabkan oleh faktor sendiri atau dari persekitaran individu tersebut. Emosi terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu emosi positif, negatif dan bercampur.
3. Nilai dan Budaya
Nilai dan budaya amat berkait rapat dengan aspek diri, masyarakat, dan adat.
4. Bahasa
Bahasa dari sudut pendekatan analisis wacana ini terdiri daripada penggunaan bahasa pertama, kedua atau ketiga. Selain itu, bahasa juga terbahagi kepada bahasa formal dan tidak formal. Aspek linguistik dan kesalahan bahasa turut dianalisis bagi mendapatkan maksud yang jelas dan tepat.
5. Inferens
Inferens secara amnya merupakan rumusan dalam wacana. Inferens terbahagi kepada tiga iaitu rumusan keseluruhan, rumusan perbincangan, dan penutup kata.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus
Comments
Post a Comment