BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2
RINGKASAN CERITA SOSIAL 2
Cerita Sosial
2 berkisar tentang seorang budak bernama Alim yang gemar akan buah-buahan
tempatan. Alim dan adik beradiknya memang gemar akan buah-buahan tempatan. Satu
hari, Bapa iaitu ayah kepada Alim membawa pulang buah-buahan tempatan dari
pasar tani. Alim dan adik-beradiknya amat gembira. Namun, dalam kegembiraannya,
Alim meminta izin ibu dan bapanya untuk memberi sedikit buah-buahan itu kepada
jiran mereka, Sulaiman. Ibu Alim memuji Alim kerana dia mengingati pesanan dan
nasihat kedua ibu bapanya selain bersifat murah hati terhadap jiran tetangga.
Alim memberikan buah-buahan tempatan kepada Sulaiman yang ketika itu sedang
menyiram pokok bunga. Sulaiman berasa gembira dengan pemberian Alim itu dan
mengucapkan terima kasih. Setelah itu, Alim Kembali semula ke rumahnya untuk
makan buah-buahan Bersama keluarganya. Selepas makan, Alim dan adik-beradiknya
membantu Ibu dan Bapa mengemas rumah. Ketika Alim sedang membuang sampah di
luar rumah, kelihatan ibu Sulaiman, iaitu Makcik Timah sedang menyapu di luar
rumah. Makcik Timah yang terlihat Alim mengucapkan terima kasih kepadanya
kerana memberikan buah-buahan itu. Alim memberitahu Makcik Timah bahawa sebagai
jiran tetangga, kita seharusnya saling berkongsi. Malah, Alim turut memuji Makcik
Timah sekeluarga yang bersifat baik hati. Makcik Timah membalas pujian Alim
dengan mengatakan Alim juga seorang budak yang baik. Makcik Timah terharu
dengan budi pekerti Alim, dan beliau bersyukur kerana Alim berbaik dengan
anaknya, Sulaiman. Alim memberitahu bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman
sebelum beredar. Alim melambaikan tangan pada Makcik Timah sebelum masuk ke
rumahnya. Makcik Timah yang terharu dengan budi pekerti Alim mendoakan
kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat Alim dan keluarganya.
Berdasarkan
Cerita Sosial 2, terdapat pelbagai nilai murni yang ditunjukkan. Antaranya
ialah nilai sifat bermurah hati. Hal ini dapat dibuktikan melalui babak di mana
Alim memberikan buah-buahan tempatan kesukaannya kepada Sulaiman. Dalam babak
ini juga, watak Sulaiman menunjukkan nilai berbudi bahasa apabila mengucapkan
terima kasih kepada Alim yang pemurah. Selain itu, nilai yang ditunjukkan dalam
cerita ini ialah nilai menghormati ibu bapa. Sebagai contoh, Alim meminta izin
kepada ibunya sebelum memberikan buah-buahan tempatan kepada jiran mereka. Alim
juga sentiasa mengingati pesanan ibu dan bapanya. Nilai ini juga diperlihatkan
dalam babak dimana Alim dan adik-beradiknya membantu ibu bapa mereka mengemas
rumah. Nilai seterusnya yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai saling
menghormati. Hal ini dapat dibuktikan melalui babak di mana Alim memuji
keluarga Makcik Timah yang baik.
Kesimpulannya,
nilai murni amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Kebaikan dari hati nurani
yang ikhlas bukan sahaja dapat menggembirakan hati masyarakat sekeliling,
malahan kita turut berasa gembira dengan melakukan perbuatan baik.
Lampiran
Siti Fairuz bt Samsudin (203302) bersama buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Comments
Post a Comment